BANTUAN KERAJAAN

Pengeluaran KWSP Yang Dibenarkan Untuk Akaun 1 & Akaun 2

Pengeluaran KWSP yang dibenarkan pada tahun ini kepada ahli atau pencarum KWSP yang tersedia untuk keperluan peribadi selagi menepati syarat untuk membuat pengeluaran.Sebelum mencapai umur 55 tahun atau berpencen terdapat beberapa jenis pengeluaran KWSP yg telah diluluskan.

PENGELUARAN KWSP YANG DIBENARKAN

Seperti sedia maklum pada tahun 2023 pihak kerajaan telah umumkan bahawa tiada pengeluaran khas KWSP secara bersasar. Pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai insiatif bantuan bagi meringankan beban rakyat yang memerlukan.

Walaupun tidak diluluskan KWSP bersasar, tetapi pihak kerajaan dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menyediakan kemudahan pengeluaran kepada pencarum yang memerlukan wang. Senarai jenis pengeluaran yang dibenarkan pada waktu ini melalui akaun 1 dan akaun 2 seperti dibawah.

PENGELUARAN UNTUK PEMBELIAN RUMAH KEDIAMAN

Kepada ahli KWSP yang ingin membeli rumah khususnya kediaman pertama, anda boleh membuat pengeluaran melalui akaun 2 untuk tujuan pembiayaan pembelian rumah. Sama ada perumahan dari pihak pemaju, individu atau unit lelongan.

PEMBIAYAAN PENDIDIKAN

Untuk ahli KWSP juga boleh membuat pengeluaran untuk tujuan membiayai pendidikan sendiri atau anak melalui akaun 2 untuk pengajian di institusi IPT dalam negara.

PENGELUARAN KETIKA UMUR 50 TAHUN

Kemudahan untuk pengeluaran sebahagian atau sepenuhnya adalah  dibenarkan melalui akaun 2 setelah mencapai umur 50 tahun. Iyanya adalah sebagai persediaan hari persaraan kelak.

MENUNAIKAN IBADAH HAJI

Kepada ahli yang beragama islam dan sedang bercadang untuk mengerjakan ibadah haji, anda boleh menggunakan simpanan dalam akaun 2 yang telah disediakan untuk membantu golongsn ahli yang ingin menunaikan ibadah haji.

KEHILANGAN UPAYA

Kemudahan pengeluaran hilang upaya ini membolehkan pencarum KWSP membuat pengeluaran simpanan KWSP sepenuhnya. Sekiranya keadaan fizikal serta mental yang menjejaskan sehingga menghalang untuk bekerja. Kepada pencarum yang layak akan menerima RM5,000 sebagai bantuan hilang upaya.

MENINGGAL DUNIA

Sekiranya berlaku musibah kepada ahli yang meninggal dunia, pengeluaran KWSP boleh dilakukan oleh pewaris sebagai jaminan kepada orang yang tersayang. 

SYARAT & PANDUAN PERMOHONAN

Kepada pencarum yang ingin semak syarat kelayakan dan cara permohoan, sila layari portal rasmi KWSP –DI SINI kemudahan pengeluaran KWSP melalui akaun 1 dan 2 ini dibuka sepanjang tahun ini untuk ahli yang memerlukan.

INFO LANJUT

Pada tahun 2023 selain daripada pengeluaran KWSP yang dibenarkan, terdapat pelbagai insiatif berbentuk bantuan tunai telah disediakan oleh kerajaan. Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – KLIK DISINI – Untuk rujukan maklumat penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button