BANTUAN KERAJAAN

Tarikh Rasmi Pembayaran STR Tambahan RM600 Telah Diumumkan


Sekali lagi pembentangan Belanjawan 2023 terpaksa di lakukan berikutan pembentukan kerajaan baharu dibawah pimpinan baharu (Kerajaan Perpaduan) Datu Sri Anwar Ibrahim.

Seperti yang anda tahu, program bantuan tunai seperti Sumbangan Tunai Rahmah telah diperkenalkan tahun ini. Bayaran fasa pertama telahpun dikreditkan pada Januari lalu.

Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan penerima yang layak menerima STR Tambahan berjumlah RM600. Berikut dikongsikan tarikh bayaran STR Tambahan ini.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2023 (STR)

Berikut dikongsikan mengenai syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan untuk menerima bantuan ini.

STR adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup. 

INFO : Bantuan Tunai Rakyat (BTR) adalah bantuan kewangan secara tunai sama seperti bantuan sebelum ini seperti BKM, BPR, BSH dan BR1M.

STR TAMBAHAN RM600

Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim telah mengumumkan, bayaran tambahan berjumlah RM600 akan diberikan melalui program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini.

Walaubagaimanpun, bantuan tambahan ini bukanlah dalam bentuk bantuan tunai, akan tetapi ianya adalah sebuah baucar barangan asas dan sumbangan bakul makanan.

Berikut adalah kategori penerima yang layak :

  • Akan diberikan kepada setiap isi rumah STR termiskin yang berdaftar mengikut data e-kasih.

SEMAKAN STR TAMBAHAN (e-KASIH)

Berikut adalah cara untuk membuat semakan samada anda layak ataupun tidak bagi menerima STR tambahan ini :
  • Layari portal rasmi e-kasih : https://ekasih.icu.gov.my
  • Masukkan nombor kad pengenalan
  • Tekan butang carian
  • Kepada mereka yang tersenarai di bawah data e-kasih akan dipaparkan maklumat seperti nama, nama KIR, status daftar, negeri dan daerah.

TARIKH BAYARAN STR TAMBAHAN

Menerusi laman web rasmi Kementerian Kewangan Malaysia, tarikh bayaran STR Tambahan ini akan mula dikreditkan secara berperingkat :

  • JULAI – RM100
  • OGOS – RM100
  • SEPTEMBER – RM100
  • OKTOBER – RM100
  • NOVEMBER – RM100
  • DISEMBER – RM100
JUMLAH BAYARAN STR 2023

Berikut adalah kadar dan jumlah keseluruhan bayaran STR 2023. Sila rujuk jadual dibawah :

MAKLUMAT LANJUT

Maklumat lanjut, boleh klik pautan dibawah :

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button