BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Kewangan Aidilfitri Sehingga RM700 Akan Dikreditkan

Sekali lagi pembentangan Belanjawan 2023 terpaksa di lakukan berikutan pembentukan kerajaan baharu dibawah pimpinan baharu (Kerajaan Perpaduan) Datu Sri Anwar Ibrahim.

Di dalam pembentangan tersebut pelbagai bantuan dan inisiatif yg diberikan dan dibentangkan untuk membantu rakyat Malaysia khususnya kepada mereka yg terjejas. Bantuan RM700  untuk sambutan Aidilfitri April nanti adalah salah satu bantuan yang dibentangkan.

Berikut dikongsikan mengenai syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan untuk menerima bantuan ini.

BANTUAN KHAS AIDILFITRI

Berita baik untuk kakitangan awam dan pesara kerajaan pada tahun ini iatu mereka akan menerima bonus Aidilfitri April nanti sehingga RM700.

Bayaran bantuan ini dilaksanakan sebagai tanda penghargaan kepada kakitangan awam yang sentiasa menggalas tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat.

BANTUAN KHAS RM700 & 350

Melalui pelaksanaan bantuan khas aidilfitri ini, kakitangan awam dan pesara kerajaan masing-masing akan menerima bonus sebanyak :

  • Penjawat Awam – RM700
  • Pesara Kerajaan – RM350

Info : Hampir 1.3 juta penjawat awam GRED 56 dan ke bawah akan menerima manfaat ini.

TARIKH BAYARAN

Bayaran Bantuan Khas Aildilfitri ini bakal dikreditkan sebelum aidilfitri iaitu bulan April nanti.

Mana-penjawat awam dan pesara kerajaan yang layak, bayaran akan terus dikreditkan ke akaun masing-masing.

MAKLUMAT LANJUT

UNTUK INFO LANJUT MENGENAI BANTUAN KERAJAAN YANG LAIN, SILA KLIK PAUTAN DIBAWAH

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button