BANTUAN KERAJAAN

E-TUNAI RAHMAH:BANTUAN E-WALLET UNTUK RAKYAT MALAYSIA


Belanjawan 2023 telah di bentangkan semula pada Jumaat baru-baru ini berikutan dgn pertukaran kerajaan setelah Pilihan Raya umum Ke-15 pada November 2022 lalu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan telah mengumumkan pelbagai inisiatif seperti bantuan tunai dalam pembentangan tersebut.

Salah satu bantuan tunai yang di persetujui oleh kerajaan adalah dengan memberikan bantuan secara tunai menerusi program e-Tunai Belia Rahmah.

E-TUNAI BELIA RAHMAH

Ini ialah inisiatif kerajaan Malaysia untuk membantu golongan belia yang berkelayakan menerima bayaran berjumlah RM200.

Tujuannya adalah untuk membantu golongan belia dan memberi galakkan kepada golongan ini untuk membuat transaksi tanpa tunai.

Info : Bantuan ini adalah sama dengan bantuan yang dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu seperti eBelia (2021) dan ePemula (2022).

JUMLAH BAYARAN

Program ini bakal memanfaatkan kepada 2 juta orang belia Malaysia. Setiap belia yang layak akan menerima bayaran berjumlah :

  • RM200

SYARAT KELAYAKAN

Ketika ini, tiada makluman rasmi mengenai syarat kelayakan. Namun, jika ianya akan merujuk kepada bantuan ePemula 2022 sebelum ini, berikut adalah syarat kelayakannya :

  • Bantuan ini diberikan kepada golongan belia berumur 18 hingga 20 tahun.
  • Menuntut di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA).
  • Menuntut di Insititusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS).

TARIKH PERMOHONAN

Tiada makluman rasmi mengenainya lagi. Pihak kami akan maklumkan sekiranya terdapat makluman rasmi dari semasa ke semasa.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button