BANTUAN KERAJAAN

BANTUAN LESEN MEMAMNDU SERENDAH RM250 UNTUK RAKYAT MALAYSIA

Rakyat Malaysia seharusnya bersyukur kerana kerajaan sentiasa komited dalam membantu rakyat khususnya kepada golongan yang kurang berkemampuan

Terkini melalaui Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memperkena dan memberi bantuan baru iaitu Bantuan Lesen Keluarga Malaysia (BLKM) untuk golongan yang kurang berkemampuan B40 untuk memiliki lesen memandu kelas B2.

Ikuti perkongsian dibawah untuk lebih lanjut.

BANTUAN LESEN KELUARGA MALAYSIA

Untuk makluman, BLKM merupakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) MOT melalui JPJ yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

CSR ini telah dilaksanakan sejak tahun 1990-an melalui Program JPJ Bersama Rakyat sebelum menukar namanya kepada Program Satu Komuniti Satu JPJ dan Program Bantuan Lesen Memandu Prihatin.

Menurut Perdana Menteri, pelaksanaan BLKM adalah untuk golongan B40 dan masyarakat Orang Asli yang menghadapi kesukaran mengikuti kelas di institusi latihan memandu.

INISIATIF BLKM

Melalui pelaksanaan BLKM ini, individu yang berkelayakan akan menerima diskaun dan hanya dikenakan bayaran sebanyak :

  • RM 250

Jika diikutkan, kos sebenar bagi memiliki lesen ini adalah sebanyak RM 750 seorang. Dengan bantuan BLKM ini, individu yang layak akan jimat RM 500.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 16 tahun ke atas
  • Sihat fizikal dan mental
  • Tiada kecacatan fizikal
  • Tidak disenaraihitamkan (blacklist) oleh JPJ atau polis
  • Tidak mempunyai sebarang lesen memandu
  • Penerima bantuan zakat/ baitulmal (Jabatan Agam Islam Negeri) atau penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) atau penerima Bantuan Keluarga Malaysia, calon perlu menyerahkan salinan berkenaan.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Setakat ini, pihak kami belum menerima kenyataan rasmi dikeluarkan mengenai bagaimana cara untuk memohon. Walaubagaimanapun, ianya akan kami kemaskini dari semasa ke semasa.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai BLKM ini, anda boleh rujuk di https://www.facebook.com/motmalaysia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button