BANTUAN KERAJAAN

BANTUAN AM SECARA TUNAI BERJUMLAH RM350 SEBULAN


Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan perkhidmatan bantuan untuk meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna kepada kumpulan yg disasarkan.

Bantuan yang di berikan seperti untuk Bantuan Kanak-kanak (BKK),Orang Kurang Upaya (OKU), Warga Emas (WE) serta pelbagai lagi yang telah disediakan, Bantuan Am Persekutuan (BA) adalah salah satu lagi bantuan yang di sediakan untuk dimohon oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Ikuti perkongsian di bawah mengenai Bantuan Am Persekutuan (BA) berserta cara untuk membuat permohonan.

BANTUAN AM PERSEKUTUAN

Isi Kandungan  hide 


Bantuan RM100 sehingga maksimum RM350 sebulan untuk sekeluarga yang disediakan dari Bantuan Am Persekutuan (BA) adalah bertujuan untuk menampung perbelanjaan harian klien ataupun keluarga pemohon.


KADAR BANTUAN


Bagi kadar bayaran Bantuan Am Persekutuan ini, penerima akan mendapat sebanyak :

  • RM100 sehingga RM350 (Maksimum)

SYARAT KELAYAKAN

Beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan dalam setiap permohonan Bantuan Am Persekutuan ini, antaranya adalah :

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon adalah golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan lain. 

CARA MOHON

  • Berikut adalah cara untuk membuat permohonan bagi Bantuan Am Persekutuan ini :

    • Isikan borang berkaitan 

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

PERHATIAN : Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian.

Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

DOKUMEN SOKONGAN

Bagi memastikan proses permohonan anda berjalan dengan lancar, beberapa dokumen sokongan diperlukan yang anda perlu sediakan :

  • Salinan MyKad Pemohon
  • Salinan MyKad ahli keluarg yang tinggal bersama
  • Salinan kad OKU / slip pendaftaran sementara OKU (jika kategori OKU)
  • Salinan penyata pendapatan / surat akuan pendapatan (jika bekerja sendiri)
  • Salah satu bil utiliti (air / elektrik / telefon / astro)
  • Laporan pegawai perubatan dari hospital / klinik kesihatan kerajaan / swasta (bagi kes OKU tidak bekerja / terlantar / kronik / alat tiruan)

BORANG BERKAITAN

SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN

Kepada anda yang telahpun membuat ataupun sudah menghantar permohonan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat ini, anda bolehlah menyemak akan status permohonan anda melalui portal rasmi yang telah di sediakan bagi memudahkan para pemohon. Berikut adalah cara dan langkah-langkah bagi menyemak status kelayakan secara online :

  • Dan masukkan Nombor Kad Pengenalan dan klik “Semak”

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya Anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai JKM, sila hubungi pihak JKM melalui:

  • Telefon : 03 8000 8000
  • Faks : 03 8323 2045
  • Alamat : Jabatan Kebajikan Masyarakat, Aras 6, 9-18, No 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button