BANTUAN KERAJAAN

Bantuan Kewangan Sehingga RM10,000 Untuk Pembelian Motorsikal

Pada tahun ini, kerajaan akan menyediakan pelbagai bantuan kepada semua rakyat yang berpendapatan rendah.

Kerajaan menyediakan program Bantuan Mobilepreneur, yang disediakan melalui agensi TEKUN Program ini membantu usahawan mendapatkan sumber yang mereka perlukan untuk memulakan perniagaan mereka sendiri.

SKIM PEMBIAYAAN RM10,000

Skim pembiayaan Mobilepreneur 4.0 ini terbuka kepada Usahawan Perkhidmatan Penghantaran yang menggunakan motosikal.

Ini adalah program kerajaan yang direka untuk membantu usahawan memperoleh wang semasa Covid 19 merebak.

Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 adalah kesinambungan daripada program TEKUN Mobilepreneur 1.0, 2.0, dan 3.0, yang kesemuanya telah dilaksanakan pada tahun sebelumnya.

KADAR PEMBIAYAAN

Pembiayaan Mobilepreneur 4.0 bermula dari RM1000 – RM10,000 bagi tujuan :

  • Pembelian Motosikal
  • Baik Pulih Motosikal
  • Modal Pusingan

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh TEKUN :

  • Wargenegara Malaysia (Bumiputera / India)
  • Berumur di antara 18 hinggga 60 tahun (Tempoh pembiayaan tamat hingga 65 tahun)
  • Pemohon bukan seorang yang muflis
  • Memiliki lesen memandu B1 / B2 yang sah
  • Mempunyai pelantikan yang sah daripada e-hailing yang berdaftar
  • Mempunyai motosikal sendiri yang berdaftar dan sah bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan
  • Mengemukakan dokumen asal sebut harga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah – bagi permohonan membeli motosikal
  • Terlibat secara langsung atau separuh masa dalam aktiviti perniagaan
  • Peserta perlu mematuhi garis panduan serta terma dan syarat-syarat yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Pengangkutan Awam (MOT)
  • Pemohon yang mendapat surat sokongan dan disyorkan oleh mana-mana syarikat e-Hailing adalah diberikan keutamaan.

TEMPOH BAYARAN BALIK

Pihak TEKUN telah menetapkan bahawa tempoh bayaran balik skim pembiayaan ini adalah selama 1 – 3 tahun dengan mengambil kira kelayakan pemohon.

KADAR KEUNTUNGAN

Setiap penerima pembiayaan akan dikenakan 4% setahun

KAEDAH PERMOHONAN

Pemohon boleh merujuk atau hadir sendiri ke Pejabat Cawangan TEKUN yang berhampiran bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut dan Borang Permohonan Pembiayaan

Bagi usahawan TEKUN sediada, mereka juga layak memohon Pembiayaan Mobilepreneur 4.0 ini.

MAKLUMAT LANJUT

Klik Pautan “CAWANGAN TEKUN” bagi melihat cawangan berhampiran anda.

CAWANGAN TEKUN

Anda boleh klik pada pautan dibawah bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Skim Pembiayaan Mobilepreneur 4.0 ini.

DOKUMEN SOKONGAN

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button